Friday, January 17, 2014

Pengurus

Siapakah Pengurus


Pengurus merupakan individu yang membuat perancangan, pengorganisasian, kepimpinan, dan pengawalan ke atas sumber manusia, kewangan, fizikal dan maklumat organisasi.


Apakah Kepimpinan Pengurus


Kepimpinan pengurus bermaksud bagaimana pengurus mengarah dan mempengaruhi pekerja dibawah seliaanya. Pengurus bertindak supaya pekerja seliaannya melaksana tugas-tugas yang perlu dilaksanakan dengan baik serta mewujudkansuasana kerja yang sesuai. 


Jenis - Jenis Pengurus

Pengurus terdiri dari pengurus atasan, pengurus pertengahan dan pengurus bawahan.

Pengurus atasan ialah  pengurus yang berada pada peringkat atasan dalam sesebuah organisasi seperti Pengerusi, Presiden, Ketua Pegawai Eksekutif, Pengarah Eksekutif. Pengurus atasan bertanggungjawab menetapkan matlamat organisasi, mendefinisikan strategi untuk dicapai, mengawasi dan menterjemahkan persekitaran luaran serta membuat keputusan yang akan mempengaruhi keseluruhan prestasi organisasi.

Pengurus Pertengahan adalah pengurus yang bekerja pada peringkat pertengahan dalam organisasi dan bertanggungjawab ke atas unit perniagaan dan jabatan utama. Pengurus pertengahan dalam sesebuah organisasi ialah seperti  Ketua Jabatan, Ketua Bahagian, Pengurus dan Pengarah. Pengurus pertengahan pada amnya mempunyai dua atau lebih peringkat pengurusan di bawahnya. Pengurus pertengahan  bertanggungjawab ke atas pelaksanaan strategi dan polisi yang didefinisikan oleh pengurus atasan.

Pengurus Bawahan dikenali sebagai pengurus lini-pertama. Pengurus bawahan berada pada peringkat pertama atau kedua dalam hierarki organisasi. Pengurus bawahan bertanggungjawab secara langsung ke atas pengeluaran produk atau perkhidmatan organisasi.



No comments:

Post a Comment