Kenapa Etika Penting Dalam Aplikasi Tugasan Pengurus
Pengurus sebagai Pembuat Keputusan
Maklumat merupakan bahan asas dalam membuat sesuatu
keputusan. Pengurus adalah seorang yang dilantik dan memainkan peranan yang
penting dalam membuat keputusan di sesebuah jabatan. Dengan autoriti yang diberikan
kepada seorang pengurus, pengurus itu dapat bertanggungjawab dan melibatkan
diri di dalam semua tindakan mewakili jabatannya. Pengurus yang bertindak sebagai
nadi dalam sebuah organisasi, semestinya mempunyai akses maklumat yang lengkap
dan terkini mengenai aktiviti dan operasi jabatan. Oleh yang demikian etika
adalah satu aspek budaya yang dapat mengikat pengurus untuk berindak jujur dan
telus. Empat peranan berikut yang menghuraikan pengurus sebagai pembuat
keputusan dan mengaitkan kepantingan etika dalam tugasan hariannya:
- Pengurus bertindak sebagai usahawan
- Pengurus bertindak sebagai pengawal gangguan
- Pengurus bertindak sebagai pembahagi sumber
- Pengurus bertindak sebagai perunding
No comments:
Post a Comment