Friday, January 17, 2014

Etika & Pengurus Part 3


Kenapa Etika Penting Dalam Aplikasi Tugasan Pengurus

Pengurus sebagai  Penyampai Maklumat

Pengurus itu adalah nadi terpenting di dalam unit organisasi sesebuah syarikat. Pengurus mungkin tidak mengetahui segala-galanya yang berlaku dalam organisasi tetapi sebagai pengurus beliau mengetahui lebih daripada kakitangannya hasil dari perhubungan dengan kakitangan dalaman dan pihak luaran. Oleh itu digariskan 3 peranan utama pengurus sebagai penyampai maklumat:

Pengurus sebagai pengawas
Pengurus bertindak sebagai pengawas dimana pengurus akan menjelajahi persekitaran untuk mendapatkan maklumat. Maklumat diperolehi melalui perbualan, percakapan, dan secara spekulasi. Memandangkan pengurus sentiasa berhubung dengan pelbagai, maka pengurus mempunyai kelebihan memperoleh maklumat terkini untuk organisasi.

Pengurus sebagai penyampai
Pengurus bertindak sebagai penyampai maklumat yang releven dan benar kepada kakitangan. Pengurus akan berkongsi dan membahagikan maklumat yang diterima dari pihak luar untuk kegunaan organisasi. Sebagai penyampai, pengurus perlu menyalurkan maklumat yang diperolehi itu terus kepada kakitangan bawahannya atau menggunakan alternatif yang berkesan bagi memastikan setiap kakitangan memperoleh maklumat tersebut.

Pengurus sebagai jurucakap
Pengurus sebagai jurucakap kepada organisasi perlu memastikan maklumat dihantar kepada unit-unit. Pengurus menjadi cermin kepada imej organisasi. Pengurus perlu bijak mengatur dan mengorganisasi setiap aktiviti unit diantara unit atau aktiviti unit dengan pihak luar untuk keseragaman pengeluaran. Sebagai contoh, seorang penyelia pengeluaran di sebuah gedung mencadangkan kepada pihak pembekal supaya mengubah jadual bekalannya untuk memenuhi jadual pengeluaran gedungnya. 






No comments:

Post a Comment