Friday, January 17, 2014

Etika & Pengurus Part 2

Kenapa Etika Penting Dalam Aplikasi Tugasan Pengurus

Pengurus sebagai Penghubung Individu

Dibawah peranan pengurus sebagai penghubung terdapat tiga peranan utama yang digariskan. Peranan ini datangnya terus daripada autoriti yang dipunyai oleh seorang pengurus.

Pertama ialah peranan sebagai orang terpenting
Oleh kerana pengurus mempunyai pangkat sebagai seorang ketua unit organisasi, maka beliau menjalankan tanggungjawab yang bersifat sosial. Walaupun peranan ini tidak memerlukan pembuatan keputusan penting dan dianggap biasa, tetapi ianya penting untuk mengeratkan perhubungan dan rasa tanggungjawab sebagai seorang ketua yang dihormati.

Kedua pengurus berperanan sebagai pemimpin
Pengurus bertanggungjawab kepada unit organisasi, maka ia bertanggungjawab ke atas setiap tugasan kakitangan dibawah seliaan unit tersebut. Setiap pengurus memainkan peranan sebagai pemimpin yang mendorong dan menggalakkan pekerja untuk bekerja dan menentukan bahawa matlamat pekerja sealiran dengan matlamat organisasi.

Ketiga pengurus berperanan sebagai pegawai perhubungan
Peranan pengurus sebagai pegawai perhubungan dimana pengurus perlu menjalinkan hubungan dengan pihak luar untuk mendapatkan maklumat terkini tentang perkembangan atau isu yang releven yang berlaku di luar organisasi. Perhubungan ini dapat dilakukan secara tidak rasmi atau secara personal tetapi mestilah berkesan.









No comments:

Post a Comment