Antara kes pecah amanah yang berlaku dan melibatkan pengurus : mStar Online 13 Jun 2013 Rencana Kolum Mahkamah
Klik
mStar Online : Pengurus Kawasan PPK Sanglang Mengaku Salah Palsu Dokumen, Pecah Amanah
Wednesday, January 29, 2014
Kes1 : Pengurus Tidak Beretika
Antara kes pecah amanah yang berlaku dan melibatkan pengurus : Utusan Malaysia 28 November 2013 Rencana Kolum Mahkamah,
Klik
Bekas pengurus kewangan hadapi 27 pertuduhan pecah amanah, guna cek palsu
Klik
Bekas pengurus kewangan hadapi 27 pertuduhan pecah amanah, guna cek palsu
Kepentingan Beretika
Ciri penting seorang pengurus ialah menjadikan amanah dan integriti sebagai tunggak utama jati diri. Contoh Akauntan (sebagai pengurus) yang dibincangkan melalui Artikel Ruangan Ekonomi Utusan Malaysia 10 Mei 2010
Pentingnya akauntan beretika
Friday, January 17, 2014
Etika & Pengurus : Rumusan
Kenapa
Etika Penting Dalam Aplikasi Tugasan Pengurus
Rumusannya pengurus
adalah mereka yang dipertanggungjawabkan untuk merancang, mengorganisasi dan
mengurus. Sebahagian besar masa seseorang pengurus itu digunakan untuk
berkomunikasi, membuat keputusan, dan berinteraksi dengan orang lain. Sekiranya
pengurus itu mencapai prestasi yang tinggi, ini bererti beliau telah berkesan
melalui proses yang tersebut di atas. Dalam hal ini kebolehan seseorang
pengurus itu dilihat melalui kemahiran teknik dan juga kemahiran pengurusan.
Kedua-dua kemahiran itu mempunyai definisikan secara berasingan dan berbeza.
Oleh itu peranan utama pengurus digariskan seperti berikut yang telah
dibincangkan. Peranan yang dimainkan oleh pengurus menunjukkan kepentingan
etika kepada seorang pengurus. Pengurus yang tidak beretika akan membawa
kerosakan dan memberikan imej yang buruk kepada organisasi. Penegasan disini
etika dan pengurus saling berkaitan dalam memastikan kelansungan kejayaaan
sesebuah organisasi.
Etika & Pengurus Part 3
Kenapa Etika Penting Dalam
Aplikasi Tugasan Pengurus
Pengurus sebagai Penyampai Maklumat
Pengurus itu adalah nadi terpenting di dalam unit organisasi
sesebuah syarikat. Pengurus mungkin tidak mengetahui segala-galanya yang
berlaku dalam organisasi tetapi sebagai pengurus beliau mengetahui lebih
daripada kakitangannya hasil dari perhubungan dengan kakitangan dalaman dan
pihak luaran. Oleh itu digariskan 3 peranan utama pengurus sebagai penyampai maklumat:
Pengurus sebagai pengawas
Pengurus bertindak sebagai pengawas dimana pengurus akan menjelajahi
persekitaran untuk mendapatkan maklumat. Maklumat diperolehi melalui perbualan,
percakapan, dan secara spekulasi. Memandangkan pengurus sentiasa berhubung
dengan pelbagai, maka pengurus mempunyai kelebihan memperoleh maklumat terkini
untuk organisasi.
Pengurus sebagai penyampai
Pengurus bertindak sebagai penyampai maklumat yang releven
dan benar kepada kakitangan. Pengurus akan berkongsi dan membahagikan maklumat
yang diterima dari pihak luar untuk kegunaan organisasi. Sebagai penyampai,
pengurus perlu menyalurkan maklumat yang diperolehi itu terus kepada kakitangan
bawahannya atau menggunakan alternatif yang berkesan bagi memastikan setiap
kakitangan memperoleh maklumat tersebut.
Pengurus sebagai jurucakap
Pengurus sebagai jurucakap kepada organisasi perlu memastikan
maklumat dihantar kepada unit-unit. Pengurus menjadi cermin kepada imej
organisasi. Pengurus perlu bijak mengatur dan mengorganisasi setiap aktiviti
unit diantara unit atau aktiviti unit dengan pihak luar untuk keseragaman
pengeluaran. Sebagai contoh, seorang penyelia pengeluaran di sebuah gedung
mencadangkan kepada pihak pembekal supaya mengubah jadual bekalannya untuk
memenuhi jadual pengeluaran gedungnya.
Etika & Pengurus Part 2
Kenapa Etika Penting Dalam
Aplikasi Tugasan Pengurus
Pengurus sebagai Penghubung
Individu
Dibawah
peranan pengurus sebagai penghubung terdapat tiga peranan utama yang digariskan.
Peranan ini datangnya terus daripada autoriti yang dipunyai oleh seorang
pengurus.
Pertama ialah peranan sebagai orang
terpenting
Oleh
kerana pengurus mempunyai pangkat sebagai seorang ketua unit organisasi, maka
beliau menjalankan tanggungjawab yang bersifat sosial. Walaupun peranan ini
tidak memerlukan pembuatan keputusan penting dan dianggap biasa, tetapi ianya
penting untuk mengeratkan perhubungan dan rasa tanggungjawab sebagai seorang
ketua yang dihormati.
Kedua pengurus
berperanan sebagai pemimpin
Pengurus
bertanggungjawab kepada unit organisasi, maka ia bertanggungjawab ke atas setiap
tugasan kakitangan dibawah seliaan unit tersebut. Setiap pengurus memainkan
peranan sebagai pemimpin yang mendorong dan menggalakkan pekerja untuk bekerja
dan menentukan bahawa matlamat pekerja sealiran dengan matlamat organisasi.
Ketiga pengurus
berperanan sebagai pegawai perhubungan
Peranan pengurus sebagai pegawai
perhubungan dimana pengurus perlu menjalinkan hubungan dengan pihak luar untuk
mendapatkan maklumat terkini tentang perkembangan atau isu yang releven yang
berlaku di luar organisasi. Perhubungan ini dapat dilakukan secara tidak rasmi
atau secara personal tetapi mestilah berkesan.
Etika & Pengurus Part 1
Kenapa Etika Penting Dalam Aplikasi Tugasan Pengurus
Pengurus sebagai Pembuat Keputusan
Maklumat merupakan bahan asas dalam membuat sesuatu
keputusan. Pengurus adalah seorang yang dilantik dan memainkan peranan yang
penting dalam membuat keputusan di sesebuah jabatan. Dengan autoriti yang diberikan
kepada seorang pengurus, pengurus itu dapat bertanggungjawab dan melibatkan
diri di dalam semua tindakan mewakili jabatannya. Pengurus yang bertindak sebagai
nadi dalam sebuah organisasi, semestinya mempunyai akses maklumat yang lengkap
dan terkini mengenai aktiviti dan operasi jabatan. Oleh yang demikian etika
adalah satu aspek budaya yang dapat mengikat pengurus untuk berindak jujur dan
telus. Empat peranan berikut yang menghuraikan pengurus sebagai pembuat
keputusan dan mengaitkan kepantingan etika dalam tugasan hariannya:
- Pengurus bertindak sebagai usahawan
- Pengurus bertindak sebagai pengawal gangguan
- Pengurus bertindak sebagai pembahagi sumber
- Pengurus bertindak sebagai perunding
Etika Kerja
Etika Kerja
Etika kerja merupakan tingkahlaku
terhadap kerja yang dipandang dengan sikap positif, iaitu sebagai satu kepercayaan
yang menganggap bahawa kerja itu adalah penting. Oleh itu, setiap individu atau
kumpulan yang terlibat dalam satu pekerjaan perlu menjaganya dengan cara yang
paling baik.
Etika Kerja (Max Weber)
- Manusia mempunyai sesuatu kewajipan agama & moral untuk memenuhi kehidupan dan tugas yang berat.
- Pekerja diharapkan menggunakan masa kerja bukan untuk kepentingan peribadinya.
- Pekerja harus mempunyai rekod kedatangan yang baik.
- Pekerja hendaklah produktif dalam mengeluarkan barangan atau memberi perkhidmatan.
- Pekerja harus berasa bangga dengan kerjanya dan melaksanakannya dengan baik.
- Pekerja harus mempunyai perasaan penglibatan dan setia kepada kerjanya, tempat kerja serta ahli-ahli yang lain.
- Pekerja haruslah sentiasa memikirkan pencapaian yang tinggi
- Manusia boleh mendapatkan kemewahan melalui kerja yang jujur.
Etika Kerja Dalam Islam
Ciri-ciri Pengurus
Ciri-ciri Pengurus Yang Baik
Mengamalkan Komunikasi Terbuka
Pengurus yang berjaya biasanya mengamalkan konsep komunikasi terbuka iaitu kesediaan menerima teguran dan cadangan daripada kakitangan dibawah seliaannya. Seorang pengurus itu perlu berkomunikasi dengan jujur dan
berterus terang serta mengambil pendekatan yang terbaik dan praktikal dalam memberikan maklumat atau mendapatkan maklumat daripada kakitangan.
Menentukan Hala Tuju Yang Jelas
Pengurus yang baik seharusnya berupaya membentuk matlamat yang jelas dan objektif untuk
kakitangannya. Seorang pengurus itu perlu memberikan perhatian kepada pembentukan matlamat individu dan juga matlamat kumpulan. Pengurus perlu memastikan penglibatan bersama kakitangan dalam
proses pembentukan matlamat yang ingin dilaksanakan dan bukan
sekadar memaksa mereka menerima matlamat yang telah ditetapkan. Sebagai pengurus, keprihatinan dan pengagihan tugas yang saksama kepada kakitangan adalah perlu.
Mengadakan Pengiktirafan Objektif
Mengadakan Pengiktirafan Objektif
Pengurus yang berjaya akan memberi penghargaan kepada kakitangan
yang telah menunjukkan pencapaian terbaik dalam pelaksanaan tugas
mereka. Seorang pengurus yang baik tidak harus mengkritik kakitangan yang
bermasalah tetapi berusaha untuk membantu dan memahami masalah yang sedang dihadapi. Sebarang penghargaan atau ganjaran yang diberikan kepada kakitangan haruslah berdasarkan pencapaian kerja bukan berdasarkan kekananan
kakitangan atau perhubungan peribadi antara pengurus dan kakitangan.
Memberi Tunjuk Ajar dan Sokongan
Pengurus yang berjaya akan membantu kakitangannya dalam melaksanakan sesuatu aktiviti atau tugasan. Pengurus akan bekerjasama bersama-sama kakitangan dalam mengatasi sebarang masalah yang melibatkan pencapaian atau prestasi organisasi.
Membentuk Kawalan Berterusan
Kawalan yang berterusan adalah penting bagi menjamin pencapaian organisasi seimbang dengan pencapaian yang telah dirancang. Oleh itu pengurus
perlu mengambil tindakan susulan terhadap aktiviti atau isu yang telah dibangkitkan. Jika sesuatu tindakan perlu diambil, pengurus perlu melakukan dengan tegas dan
berwibawa. Di samping itu, pengurus juga perlu bertanggungjawab dalam memberi maklum balas kepada
kakitangan mengenai hasil atau kesan bagi setiap keputusan yang diambil oleh
pengurus.
Pengurus
Siapakah Pengurus
Pengurus merupakan individu yang membuat
perancangan, pengorganisasian, kepimpinan, dan pengawalan ke atas sumber manusia, kewangan, fizikal dan maklumat organisasi.
Apakah Kepimpinan Pengurus
Kepimpinan pengurus bermaksud bagaimana pengurus mengarah dan mempengaruhi pekerja dibawah seliaanya. Pengurus bertindak supaya pekerja seliaannya melaksana tugas-tugas yang perlu dilaksanakan dengan baik serta mewujudkansuasana kerja yang sesuai.
Jenis - Jenis Pengurus
Pengurus terdiri dari
pengurus atasan, pengurus pertengahan dan pengurus bawahan.
Pengurus atasan ialah pengurus yang
berada pada peringkat atasan dalam sesebuah organisasi seperti Pengerusi,
Presiden, Ketua Pegawai Eksekutif, Pengarah Eksekutif. Pengurus atasan
bertanggungjawab menetapkan matlamat organisasi, mendefinisikan strategi untuk
dicapai, mengawasi dan menterjemahkan persekitaran luaran serta membuat
keputusan yang akan mempengaruhi keseluruhan prestasi organisasi.
Pengurus Pertengahan adalah pengurus yang bekerja pada peringkat pertengahan dalam organisasi
dan bertanggungjawab ke atas unit perniagaan dan jabatan utama.
Pengurus pertengahan dalam sesebuah organisasi ialah seperti Ketua Jabatan, Ketua Bahagian, Pengurus dan
Pengarah. Pengurus pertengahan pada amnya mempunyai dua atau lebih peringkat
pengurusan di bawahnya. Pengurus pertengahan bertanggungjawab ke atas
pelaksanaan strategi dan polisi yang
didefinisikan oleh pengurus atasan.
Pengurus Bawahan dikenali sebagai pengurus lini-pertama. Pengurus
bawahan berada pada peringkat pertama atau kedua dalam hierarki organisasi.
Pengurus bawahan bertanggungjawab secara langsung ke atas pengeluaran produk
atau perkhidmatan organisasi.
Etika
Etika
Etika bermaksud perangai, keperibadian atau adat. Persoalan etika lebih berkisar kepada persoalan yang menentukan sama ada sesuatu tindakan itu dikatakan betul atau salah dan seterusnya dalam menentukan sesuatu tindakan yang diambil itu akan mendatangkan kebaikan atau keburukan.
Etika bermaksud perangai, keperibadian atau adat. Persoalan etika lebih berkisar kepada persoalan yang menentukan sama ada sesuatu tindakan itu dikatakan betul atau salah dan seterusnya dalam menentukan sesuatu tindakan yang diambil itu akan mendatangkan kebaikan atau keburukan.
Definisi Etika DeGeorge
(1985):
- Sesuatu usaha yang sistematik kearah memahami rasional perlakuan individu dan masyarakat
- Dengan berlandaskan pengalaman moral mereka, individu dan masyarakat menetapkan suatu tata atur perlakuan yang berfungsi mengawal hubungan manusia.
- Dengan yang demikian, individu yang bermasyarakat dapat mencapai kepuasan dalam hidup mereka.
Stoner, Freeman
dan Gillbert (1995) mendefinisi pengajian etika dengan merangkumi aspek:
- Satu pengajian mengenai hak dan kesan, tentang siapa yang mendapat faedah atau bencana dari sesuatu tindakan.
- Satu pengajian bagaimana sesuatu keputusan yang diambil memberi kesan kepada orang lain.
- Mengkaji hak dan tanggungjawab individu berlandaskan peraturan moral yang digunakan oleh masyarakat dalam membuat keputusan berkait hubungan sesama manusia.
Subscribe to:
Posts (Atom)