Wednesday, January 29, 2014

Kes2 : Pengurus Tidak Beretika

Antara kes pecah amanah yang berlaku dan melibatkan pengurus : mStar Online 13 Jun 2013 Rencana Kolum Mahkamah


Klik
mStar Online : Pengurus Kawasan PPK Sanglang Mengaku Salah Palsu Dokumen, Pecah Amanah

Kes1 : Pengurus Tidak Beretika

Antara kes pecah amanah yang berlaku dan melibatkan pengurus : Utusan Malaysia 28 November 2013 Rencana Kolum Mahkamah,

Klik
Bekas pengurus kewangan hadapi 27 pertuduhan pecah amanah, guna cek palsu


Kepentingan Beretika

Ciri penting seorang pengurus ialah menjadikan amanah dan integriti sebagai tunggak utama jati diri. Contoh Akauntan (sebagai pengurus) yang dibincangkan melalui Artikel Ruangan Ekonomi Utusan Malaysia 10 Mei 2010

Klik
Pentingnya akauntan beretika




Terapkan etika perniagaan

Rencana oleh Rohami Shafie
Utusan Malaysia 11 September 2013

Klik
Terapkan etika perniagaan


Friday, January 17, 2014

Etika & Pengurus : Rumusan


Kenapa Etika Penting Dalam Aplikasi Tugasan Pengurus

Rumusannya pengurus adalah mereka yang dipertanggungjawabkan untuk merancang, mengorganisasi dan mengurus. Sebahagian besar masa seseorang pengurus itu digunakan untuk berkomunikasi, membuat keputusan, dan berinteraksi dengan orang lain. Sekiranya pengurus itu mencapai prestasi yang tinggi, ini bererti beliau telah berkesan melalui proses yang tersebut di atas. Dalam hal ini kebolehan seseorang pengurus itu dilihat melalui kemahiran teknik dan juga kemahiran pengurusan. Kedua-dua kemahiran itu mempunyai definisikan secara berasingan dan berbeza. Oleh itu peranan utama pengurus digariskan seperti berikut yang telah dibincangkan. Peranan yang dimainkan oleh pengurus menunjukkan kepentingan etika kepada seorang pengurus. Pengurus yang tidak beretika akan membawa kerosakan dan memberikan imej yang buruk kepada organisasi. Penegasan disini etika dan pengurus saling berkaitan dalam memastikan kelansungan kejayaaan sesebuah organisasi.




Etika & Pengurus Part 3


Kenapa Etika Penting Dalam Aplikasi Tugasan Pengurus

Pengurus sebagai  Penyampai Maklumat

Pengurus itu adalah nadi terpenting di dalam unit organisasi sesebuah syarikat. Pengurus mungkin tidak mengetahui segala-galanya yang berlaku dalam organisasi tetapi sebagai pengurus beliau mengetahui lebih daripada kakitangannya hasil dari perhubungan dengan kakitangan dalaman dan pihak luaran. Oleh itu digariskan 3 peranan utama pengurus sebagai penyampai maklumat:

Pengurus sebagai pengawas
Pengurus bertindak sebagai pengawas dimana pengurus akan menjelajahi persekitaran untuk mendapatkan maklumat. Maklumat diperolehi melalui perbualan, percakapan, dan secara spekulasi. Memandangkan pengurus sentiasa berhubung dengan pelbagai, maka pengurus mempunyai kelebihan memperoleh maklumat terkini untuk organisasi.

Pengurus sebagai penyampai
Pengurus bertindak sebagai penyampai maklumat yang releven dan benar kepada kakitangan. Pengurus akan berkongsi dan membahagikan maklumat yang diterima dari pihak luar untuk kegunaan organisasi. Sebagai penyampai, pengurus perlu menyalurkan maklumat yang diperolehi itu terus kepada kakitangan bawahannya atau menggunakan alternatif yang berkesan bagi memastikan setiap kakitangan memperoleh maklumat tersebut.

Pengurus sebagai jurucakap
Pengurus sebagai jurucakap kepada organisasi perlu memastikan maklumat dihantar kepada unit-unit. Pengurus menjadi cermin kepada imej organisasi. Pengurus perlu bijak mengatur dan mengorganisasi setiap aktiviti unit diantara unit atau aktiviti unit dengan pihak luar untuk keseragaman pengeluaran. Sebagai contoh, seorang penyelia pengeluaran di sebuah gedung mencadangkan kepada pihak pembekal supaya mengubah jadual bekalannya untuk memenuhi jadual pengeluaran gedungnya. 






Etika & Pengurus Part 2

Kenapa Etika Penting Dalam Aplikasi Tugasan Pengurus

Pengurus sebagai Penghubung Individu

Dibawah peranan pengurus sebagai penghubung terdapat tiga peranan utama yang digariskan. Peranan ini datangnya terus daripada autoriti yang dipunyai oleh seorang pengurus.

Pertama ialah peranan sebagai orang terpenting
Oleh kerana pengurus mempunyai pangkat sebagai seorang ketua unit organisasi, maka beliau menjalankan tanggungjawab yang bersifat sosial. Walaupun peranan ini tidak memerlukan pembuatan keputusan penting dan dianggap biasa, tetapi ianya penting untuk mengeratkan perhubungan dan rasa tanggungjawab sebagai seorang ketua yang dihormati.

Kedua pengurus berperanan sebagai pemimpin
Pengurus bertanggungjawab kepada unit organisasi, maka ia bertanggungjawab ke atas setiap tugasan kakitangan dibawah seliaan unit tersebut. Setiap pengurus memainkan peranan sebagai pemimpin yang mendorong dan menggalakkan pekerja untuk bekerja dan menentukan bahawa matlamat pekerja sealiran dengan matlamat organisasi.

Ketiga pengurus berperanan sebagai pegawai perhubungan
Peranan pengurus sebagai pegawai perhubungan dimana pengurus perlu menjalinkan hubungan dengan pihak luar untuk mendapatkan maklumat terkini tentang perkembangan atau isu yang releven yang berlaku di luar organisasi. Perhubungan ini dapat dilakukan secara tidak rasmi atau secara personal tetapi mestilah berkesan.